RUMUSAN

Pada zaman teknologi maklumat kini perkembangan pendidikanbergerak pantas seiring dengan era globalisasi. Ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan wujudnya pelbagai portal yang dihasilkan oleh banyak pihak yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidikan. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang kepentingan Portal Maya dalam memperkembangkan organisasi sekolah untuk membantu meningkatkan prestasi para pelajar, meningkatkan keprofesionalan guru serta meningkatkan pengurusan serta pentadbiran sekolah. Portal Maya dapat memberi manfaat kepada semua pihak sama ada para pelajar, guru, ibu bapa atau pentadbir sekolah. Pengurusan sekolah seharusnya memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan Portal Maya oleh semua warga sekolah supaya prestasi sekolah dapat dikembangkan bagi memastikan sekolah berkembang menjadi sebuah organisasi yang berkualiti. Portal atau gerbang pendidikan merupakan trend pendidikan terkini yang seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak (Bahagian Teknologi Peendidikan: 5­4). 1
Bahan­bahan yang disediakan dapat digunakan oleh para pelajar untuk menambah maklumat serta memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu pada semua peringkat pengajian. Guru juga dapat manfaatkan Portal Mayadengan menjadikannya sebagai bahan rujukan, latihan atau satu aktiviti pembelajaran kendiri. Manakala pentadbir sekolah pula boleh mengakses laman­laman web tersebut bagi memantapkan pengurusan sekolah agar tugasan yang dijalankan dapat dilaksanankan dengan lebih berjaya dan berkesan.